Doa Hari Pertama

Friday, August 21, 2009

Hari Pertama
"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."

Memahami Erti Puasa

Wednesday, August 19, 2009

Alhamdulillah .... semalam waktu tengah duk type post entry sinopsis La Tahzan semalam berkesempatan meminta bantuan adinda Jaja untuk menolong menaip artikel yang terdapat di dalam Majalah I bulan Oktober 2004. Selepas adindaku menaip biasalah kenalah buat semakan ejaan dia pulak. Mungkin dia seronok menaip.... at least dengan membantu diri ini menaip secara tak langsung dia membaca jugalah artikel tersebut. TQ Jaja.Artikel ini ditulis oleh Rasidah Mustafa. Banyak juga artikel-artikel yang menarik di dalam Majalah I keluaran Oktober ni. Harganya pon agak murah, RM4.90 sahaja. Dapatkan segera di pasaran yer..... :) Jadi promoter tak bertauliah Majalah I plak den ari nie.







Masyarakat Islam menyambut Ramadhan dengan tangkapan yang berbeza berdasarkan keyakinan, tangkapan dan tahap ilmu masing-masing. Ada yang melihat di sudut kewangan,bagaimana Ramadhan boleh menambah atau mengurangkan pendapatan? Ada pula yang melihat di sudut kesihatan, bagaimana puasa mempengaruhi kesihatan tubuh badan? Manakala ada pula yang memandang di sudut pahala dan dosa., berkat dan fadhilat, rahmah dan maghfirah. Pandangan-pandangan secara langsung akan membentuk sikap dan perlakuan kita bukan sahaja pada bulan yang mulia itu tetapi jugak bulan-bulan lain.

“What you see is what you get”. Maksudnya, apa yang kita lihat menentukan apa yang akan kita dapat. Jadi kesan dan manfaat puasa bergantung kepada cara kita melihatnya. Jika pandangan kita mengenai puasa tepat, maka kita akan mendapat hasil yang tepat juga. Sebaliknya, jika pandangan kita tersalah atau serong maka tersasar jugalah hasil dan kesan puasa itu. Inilah yang berlaku dalam masyarakat Melayu Islam dewasa ini, kesan puasa tidak padu dan menyeluruh. Antara penyebabnya ialah pandangan kita terhadap puasa yang tepat.

Kebanyakkan umat Islam mengamalkan puasa pada aspek ‘ritual’nya sahaja. Aspek-aspek yang lebih mendasar dan mendalam yakni elemen ‘substance’ dalam puasa itu sering kali terabai.

Semasa bulan puasa kita melihat masjid penuh dengan orang berterawih, al-Quran ditadaruskan, majlis bebuka puasa yang meriah dan lain-lain amalan tradisi. Namun bagaimana kesan amalan-amalan ritual itu dalam menjana akhlak dan keperibadian yang tinggi. Tegasnya, apakah pakej amalan-amalan rohani sepanjang Ramadhan mampu menyekat kemungkaran dan kejahtan hingga terbina sebuah keluarga yang bahagia masyarakat yang penyanyang?

Membetulkan Niat.
Puasa kerap dilihat secaa terbatas, yakni hanya sebagai satu tuntutan ibadah khusus yang memerlukan kita menahan lapar,bersahur,solat terawih dan sebagainya. Begitulah selalunya anggapan sesetengah kita. Sedangkan skop puasa hakikatnya lebih daripada itu, puasa pada pengertian bahasa ialah ‘menahan diri’. Jadi apa sebenarnya yang tersirat dalam kunci-kata ‘menahan diri’ itu? Apa yang perlu ditahan? Kenapa kita perlu menahannya? Dan bagaimana?

Tujuan puasa yang utama ialah menahan dan melawan nafsu. Ia adalah sumber kejahatan yang utama dalam diri. Nafsu yang ada di dalam diri kita adalah punca seluruh kejahatan dalam kehidupan. Jadi, puasa adalah satu proses (mekanisme) khusus untuk membantu manusia bagi melawan dan menjinakkan nasfu yang secara semula jadinya sangat buas. Allah SWT menyebut dalam firman-Nya:
“Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan” (Yusuf:53)

Dengan berpuasa, orang Islam hakikat sedang melawan hawa nafsu untuk mencapai rasa taqwa di dalam diri. Jika solat adalah latihan menghubung hati secara langsung dengan Tuhan, zakat membersihkan rasa tamak pada harta di dalam jiwa, maka puasa adalah ibadah khusus untuk melawan hawa nafsu. Dalam ibadah puasa adalah pakej latihan-latihan tertentu untuk menangkis segala kejahatan nafsu demi membentuk rasa taqwa yang sejati.

Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa”(Surah al-Baqarah, ayat 183).

Soalnya bagaimana melaksanakan puasa hingga tercapai maksud melawan hawa nafsu itu?
Ayat al-Quran surah al-Baqarah ayat 183 di atas mejelaskan bahawa puasa mesti dilaksanakan atas dasar iman. Sebab itu kewajipan berpuasa dimulakan dengan seruan ‘wahai orang yang beriman’. Tegasnya, seorang berpuasa mestilah didasari oleh keyakinannya kepada Allah. Oleh itu puasa mesti diniatkan ‘kerana Allah’. Di sinilah sering berlaku kesilapan di kalangan umat Islam. Tanpa disedari ramai yang berpuasa bukan atas dasar iman.

Kadang-kadang apa yang ‘diniatkan’ lebih terfokus kepada hikmah bukan perintah. Misalnya, antara hikmah berpuasa ialah dapat melahirkan rasa simpati, empati dan ihsan kepada orang-orang miskin. Ini kerana rasa lapar dalam bulan puasa mengingatkan kita pada nasib orang-orang miskin yang selalu berlapar. Benar, ini adalah antara hikmah berpuasa tetapi itu bukan niat utama kita berpuasa. Jika itu adalah niat yang utama, kenapa orang miskin yang sering berlapar itu pun masih diwajibkan berpuasa?

Besar bezanya, ‘berlapar’ kerana Allah berbanding ‘berlapar’ kerana tiada makanan. Sebab itu, si miskin yang selalu berlapar kerana tiada makanan itupun diwajibkan berlapar kerana Allah pada bulan Ramadhan. Sesetengahnya pula terlalu asyik memburu fadhilat hingga fadhilat itu yang menjadi niatnya. Sayugia diingatkan bahawa fadhilat bukanlah dasar sesuatu ibadah, tetapi ia hanya bersifat galakan atau ‘insentif’ yang berfungsi sebagai galakan atau dorongan.

Untuk memberi kesan pada pembentukan peribadi, puasa mestilah dibuat berdasarkan rasa kehambaan kepada Allah. Sebagai hamba Allah, maka sudah sewajarnya kita mematuhi perintah Tuhan sama ada dengan atau tanpa ganjaran. Puasa yang dilaksanakan atas dasar inilah akan memberi kesan kepada pembentukan peribadi. Inilah maksud kenapa seruan berpuasa ditujukan kepada ‘orang-orang beriman’ dalam ayat al-Quran tersebut. Pendek kata, mukadimah puasa mesti tepat supaya natijahnya juga tepat.

Pelaksanaan Yang Tepat
Sungguhpun begitu, niat yang betul sahaja belum menjamin kesan puasa yang baik. Ia perlu disusuli oleh pelaksaan yang baik juga. Sebab itu puasa hendaklah dilaksanakan dengan cara yang betul dan tepat mengikut segala ‘manual’ fikahnya. Dan ia juga mesti dilaksanakan dengan ‘roh’ tasawufnya. Selain menepati hukum wajib dan sunatnya secara fikah, puasa juga hendaklah diiringi dengan melaksanakan amalan-amalan yang baik dan meninggalkan amalan-amalan jahat dari segi lahir mahupun batin.

Pada dasarnya nafsu adalah musuh batin, maka sepatutnya ia juga mesti ‘dilawan’ secara batin juga. Namun soal batin sangat berkait dengan soal lahiriah. Oleh itu pertalian kuat antara nafsu dengan makanan, pandangan, perkataan, penciuman dan sebagainya mesti diputuskan!

Paksi kejahatan dalam diri itu digambarkan begini…. Nafsu mendapat kekuatan dari makanan dan rangsangan syaitan. Dan ia menjadi kuat apabila seseorang makan secara berlebihan. Nafsu perut (makanan) pula sangat berkaitan dengan nafsu seks. Dari sini lahrlah sifat-sifat mazmumah seperti tamak, hasad, pemarah dan lain-lain. Maka apabila seseorang makan dengan banyak, nafsunya akan menjadi kuat dan sifat mazmumah akan meningkatkan untuk disalurkan pada jalan-jalan kemungkaran.

Ini menjelaskan kepada kita kenapa pada bulan puasa, sekalipun syaitan telah ‘dirantai’, masih ramai yang melakukan kemungkaran. Berdasarkan logik, nafsu sepatutnya sudah lemah dalam keadaan sebegitu. Sumber tenaganya (makanan) dan ‘motivator’nya (syaitan) sudah tidak ada.

Kenapa? Ini kerana proses ‘menyempitkan’ saluran darah (yang merupakan ‘highway’ syaitan) dengan mengurangkan makanan tidak tercapai, justeru sewaktu berbuka puasa saluran ini dibuka seluas-luasnya semula. Jadi apa lagi, nafsu makan, tetapi hakikatnya Cuma mengempangnya buat seketika dan apabila telah membuak-buak kita lepaskan semahu-mahunya. Jadi tidak hairan kalau nafsu bukan semakin lemah, tetapi semakin kuat pada bulan puasa!

Mengapa ini terjadi? Mudah sahaja. Ini disebabkan kita tidak melihat puasa sebagai satu mekanisme melawan hawa nafsu melalui menyempitkan laluanya dengan cara menahan lapar dan dahaga. Ketika ditanya, mengapa kita berpuasa? Ramai orang Islam menjawab, agar kita dapat merasakan kelaparan yang dialami oleh orang-orang miskin, maka dengan ini akan terbina jiwa prihatin dan simpati kepada nasib mereka. Jika benarlah itu tujuan utama, mengapa orang miskin yang mampu berpuasa juga diwajibkan berpuasa?

Bukankah hari-hari yang bukan bulan puasa pun mereka selalu mengalami rasa lapar dan dahaga (kerana kesempitan hidup)? Ikut logiknya, biarlah hanya orang kaya yang selalu kenyang itu sahaja yang berpuasa. Tetapi tidak demikian, yang kaya dan miskin sama-sama diwajibkan berpuasa. Ini bermakna ada tujuan lain yang lebih tinggi dan utama di sebalik rasa ‘lapar’ semasa berpuasa. Lapar kerana kesempitan hidup dengan lapar kerana berpuasa sangat jauh bezanya. Orang miskin mungkin selalu merasakan kelaparan kerana kesempitan duit, tetapi di bulan puasa mereka berlapar hanya semata-mata kerana Allah yang hakikatnya itulah latihan membentuk peribadi mereka menjadi orang miskin yang sabar. Dan buat si kaya yang selalu kenyang pula, mereka terpaksa berlapar kerana Allah di bulan puasa walaupun makanan ada di hadapan mata. Disebabkan ia satu latihan bagi membentuk peribadi ke arah menjadi si kaya yang bersyukur hatinya.

Oleh itu puasa yang benar-benar menjadi latihan ialah puasa orang soleh iaitu puasa yang dapat menahan anggota pancaindera seperti pendengaran, penglilatan, lidah, tangan, kaki dan anggota-anggota tubuh lain daripada melakukan dosa. Kemudian meningkat setahap lagi menjadi puasa orang muqarrabin yakni orang yang hatinya hampir dengan Allah yang mana hati dan akal fikiran dikawal daripada mengingati selain Allah. Inilah puasa cemerlang.

Dan latihan berlapar di siang hari itu diikuti oula oleh pakej latihan yag berbentuk ‘habluminallah’(hubungan dengan Allah) dan ‘habluminannas’ (hubungan dengan manusia). Pakej ini perlu dilaksanakan untuk mendapat kesan yang padu dalam berpuasa. Oleh itu, dalam bulan puasa, kita perlu menjalani latihan-latihan. Antara latihannya ialah solat terwih, membaca al-Quran, memperbanyakkan sedekah, iktikaf di masjid, mengerjakan umrah dan memperbanyakkan amalan kebajikan.

Apabila nafsu dan hati telah terdidik, ia ibarat penjana diri untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan pada sebelas bulan berikutnya. Hati setelah dicanai dengan memperbanyakkan solat sunat, minda pula dicanai melalui pembacaan al-Quran, bertasbih dan beriktikaf, maka hati dan fikiran dapat dikawal dengan sebaik-baiknya. Apakah kelebihan iktikaf? Ia adalah satu perkara yang memberi konsentrasi dan mengawal minda. Apabila minda cantik, sikap yang dilahirkan pun cantik. Sikap itu adalah terjemahan dari hati dan minda.

Kesimpulanya, Allah SWT pula telah menyediakan suasan yang kondusif bagi persiapan untuk latihan-latihan tersebut. Namun, kesan puasa tidak sama pada semua orang. Ia bergantung kepada cara kita melihat, tahap kita berusaha, kemampuan menahan keperitan, untuk mendapatkan taqwa. Moga-moga kita mendapat takwa pada bulan Ramadhan. wallahu 'alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan segala kelemahan itu datangnya dari diriku sendiri. dunia dan di akhirat.

Kelebihan Surah Pendek 7

(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

(18) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.

Kelebihan Surah Pendek 6

Sunday, August 16, 2009

(13) SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

(14) SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.

(15) SURAH AR-RA'D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.

Kelebihan Surah Pendek 5

(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

(12) SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

Terkini

UMPAPEH GARAGE INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG SUDI MENINGGALKAN KOMEN DALAM USAHA UNTUK PERTINGKATKAN LAGI BLOG INI... TERIMA KASIH DAN SALAM KENANGAN