Situasi Tapau Barang Umah En Fauzan

Thursday, December 17, 2009








Beginilah barang yang sedang dibungkus oleh kontraktor.....untuk dihantar ke Semenanjung

Tahun pertama di SM Sains Miri

Wednesday, December 16, 2009




Kenangan bersama rakan2 di SM Sains Miri tahun 2006

Hanya Ingin Mengingatkan...

Saturday, December 5, 2009

Assalamualaikum ......... Hanya Ingin Mengingatkan ....... Dalam usaha kita meneruskan kehidupan mengejar kekayaan dan kesenangan janganlah kita alpa dan lupa akan tujuan adanya kita di bumi ini... Sebagai renungan kepada kawan2 dan sahabat handai.... Moga2 dengan adanya peringatan ini kita akan lebih berwaspada dalam hidup kita yang sementara ini.....

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .......

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.


Nabi Muhammad S.A.W bersabda :

Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Justeru, sama-samalah kita refleksi dan bermuhasabah diri dalam mengenal erti sebenar kehidupan dan kepada Dia-lah jua kita kembali... Ukurlah baju di badan sendiri... semoga dengan adanya peringatan2 ini kita akan lebih mengenal diri dan terus menjadi hamba yang taat kepadaNya....

Hari Yang Hujan...

Thursday, December 3, 2009



Hujan yang turun bagaikan airmata.... membasahi bumi.... kau datang dan kau pergi jua....... Itulah petikan lirik lagu Sudirman.... Tersangatlah terasa menusuk di kalbu rasanya... Baru 5 tahun di sini namun kurasakan sudah bertahun2 lamanya.... Bukan mudah untuk melupakan SM Sains Miri kata orang Tempat jatuh lagikan Dikenang inikan pula tempat bangun,tido makan dan juga merupakan tempat lahir puteri dan puteraku iaitu Abby n Affan... Mereka membesar di bumi Sainsri...

Kalaulah mereka faham pastinya mereka merasakan inilah pengalamn yang paling ngeri bagi mereka... Apa tidaknya... membesar bersama2 abang2 dan kakak yang sangat sporting dan baik hati di sini...

Namun apakan daya semua terjadi x kembali.......... SEDIH AKU PEDIH.... mengenangkan Dirimu (SMSAINSMIRI).... Kugagahi dan ku kuatkan sisa semangat yang masih ada untuk kulangkahi jua meninggalkan bumi SM Sains Miri..

Maafkan aku SM Sains Miri kerana aku tidak dapat lagi bersamamu untuk mendidik anak2 bangsaku di sini... Namun aku yakin dan percaya dengan adanya semangat yang membara dalam kalangan guru di sini nnti mampu untuk membawa perubahan yang sangat besar untuk pendidikan bangsa amnya dan khususunya untuk SM Sains Miri sendiri kelak...... dan kehilangan ku ini pasti seyakinnya pasti tidak akan menjejaskan apa2 dan sepastinya kehilanganku ini terus diganti dengan calon yang selayaknya berdiri di sini...

Kepada Anak2 dan Adik2 didikku di Sm Sains Miri.... Jangan dikhuatiri pemergian ku... jangan ditangisi pemergianku.... Jangan di kenang kerana ketiadaanku... teruskan perjuangan mu... kerana perjalanan kita masih jauh... Teruskan berjuang dan janganlah engkau mudah tewas dalam perjuangan ini...Kerana sesungguhnya aku sentiasa menyokong dari sudut yang tidak pernah terjangka olehmu... Percayalah... dengan berkat kesungguhan mu... restu ibubapamu dan DOA para gurumu nnti akan membolehkan dirimu menggenggam segelung ijazah yang akan mengubah hidupmu kelak.... PERCAYALAH DENGAN KEMAMPUANMU.......

SEPERTI HUJAN... TURUNLAH ENGKAU DIKETIKA BUMI SEDANG KEHAUSAN... Pintalah olehmu daripada guru2 mu yang senantiasa ingin melihat kejayaanmu.. Jangan takut dan jangan segan... jangan malu kerana apa jua yang kau pinta pada hari ini pasti akan berguna dikemudian hari....

SM Sains Kota Tinggi (SakTi)

Tuesday, December 1, 2009

SM Sains Kota Tinggi (SAKTI) merupakan ahli keluarga Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang ke-34. Terletak di atas satu kawasan seluas 50 ekar dan lebihkurang 50 km dari bandar Kota Tinggi menghala ke pusat pelancongan Desaru.

Kerja-kerja untuk pengukuran tapak sekolah telah dimulakan pada bulan Februari 1994. Keseluruhan projek telah dapat disiapkan pada bulan Julai 1996.

Kumpulan pertama tingkatan satu seramai 179 orang telah melapor diri pda 12 Ogos 1996. Pengetua pertama ialah Tn. Hj. Ahmad b. Wagiman dibantu oleh En. Nasuha b. Paiman sebagai Penolong Kanan Akademik dan Tn. Hj. Osman b. Ahmad sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Pengetua seterusnya ialah En. Kamsani bin Selamat, En. Hasidin bin Zaini, Tn. Hj. Ayob bin Jantan dan sekarang Tn. Hj. Hassan bin Topit.

Melapor Diri Di SM Sains Kota Tinggi

.......... Tepat jam 10:41 am waktu tempatan pada 01/12/2009... maka secara rasminya aku telah menjadi salah seorang daripada family SM Sains Kota Tinggi... Kini... Secara rasminya aku ingin mengucapkan ribuan malah jutaan terima kasih kepada semua warga SM Sains Miri yang selama ini telah memberikan sokongan dan dokongan kepada ku selama aku berada di Miri... Sesungguhnya kenangan bersama kalian adalah harta yang sangat berharga....

Pada mulanya agak berat hati untuk menelefon Pengetua SM Sains Kota Tinggi... Akan tetapi memikirkan tanggungjawab yang digalas di bahu ini telah mendesak aku untuk ku gagahi jua menghubungi SM Sains Kota Tinggi... panggilanku disambut dan terus dimajukan kepada Penolong Kanan... Kunyatakan tarikh ini tidak dapat ku lapor diri kerana urusanku di Sekolah Lama masih belum selesai... Aku dikecualikan.... Fuh... legaaaaaaa....

Setibanya aku nnti kuharapkan agar SAKTI dapat memberikan keSakTiannya kepadaku dalam cita-citaku mengejar kecemerlangan diri..... InsyaAllah...

Kini... tumpuanku hanyalah kepada final touch yang akan ku lakukan kepada barang2 yang bakal ku bawa pulang nnti... Sesampainya kargo nnti maka segalanya 'DONE'.... Selesai dan pada masa itu tiada sesiapa pun yang dapat meenghalangi ku lagi daripada terus menuju je stesyen yang baru.... Aku kini lega dan sudah boleh mengatakan..

SELAMAT TINGGAL SM SAINS MIRI DAN SM KOTA TINGGI...... TUNGGUUUUUUU.... AKU DATANG.

Menghitung hari...

Saturday, November 28, 2009


Hari ini sudah 28 November 2009... entahkan berap hari lagi harus ku tunggu untuk pulang ke kampung halamanku nun jauh di sana.... Kurasakan setiap saat dan detik semakin lambat... Benarlah kata orang... Penantian suatu penyeksaan...

Benarlah... langit tidak selalunya cerah... sedangkan pantaipun berubah... inikan pula aku... manusia biasa yang diciptakan tuhan yang Maha Esa... Serba kekurangan dalam melalui liku2 hidup yang telah ditetapkan olehNya....

Kini...apa yang mampu ku lakukan hanyalah bersabar dan terus bersabar sambil menghitung hari...hari-hari yang berlalu...detik demi detik....masa terus berlalu....

katakanlah pada diriku... Aku mahu Pulangggggggggggggggggg..... bila lagi??????....

Setulus Budi Seikhlas Kasih... Jasamu Dikenang

Tanggal 12 September 2009... kaki ini melangkah dengan penuh gah di persada SM Sains Miri... Dengan berbekalkan sekelumit ilmu di dada.. kuteruskan jua perjuangan yang belum selesai ini dengan hanya satu tujuan iaitu untuk mendidik...

Dari kejauhan sudah ku lihat kelibat anak muridku yang bakal ku ajar nnti... Jelingan yang mendebarkan hati... takut jua ku dibuatnya... namun apakan daya , tugas mendidik itu lebih kuutamakan melebihi segalanya...

Pertama kali ku lihat mrk semacam rasa yang timbul dibenak fikirku... Jahat, nakal, sukar difahami, Loyar buruk dan sebagainya... Aduh... mati aku nak ajar mereka ni.... Dengan bekalan ilmu yang sedikit takut juaga aku nak berhadapan dengan mereka... Apa tidaknya... Sekolah Berasrama Penuh (SBP)katakan di mana pelajar2 merupakan pelajar yang terpilih....terbaik....dan seribu macam kehebatan yang lain yang mana tidak dimiliki oleh pelajar2 lain di sekolah biasa....

Salam Raya...

Friday, November 27, 2009

Tup...tap...tup...tap... leka dibuai mimpi nan indah dimasa lalu hinggakan terlupa bahawa hari ini adalah... Hari Raya.... Arghhhhh... kenapa boleh lupa? Apapun... selamat hari Raya Eiduladha kepada semua yang mengunjungi bllog ini... Mungkin kalian inginkan sesuatu yang berlainan tetapi buat ms ini belum sempat ku coretkan sesuatu yang bermakna kerana kekangan masa... sangat sibuk menguruskan barangan yang bakal ku bawa pulang...

Rupanya... beginilah agaknya proses pindah... amat berat untuk dilalui.. Kemaskan rumah satu hal,.. buku lagi satu hal... alat2 elektrik lagi satu hal... memang payah... makin tidak terurus adalah... nama KEMAS tetapi makin teruk adalah..... Hai.. Nasib badan... Apapn akan kuteruskan jua niat berpindah itu sebagai melengkapkan diriku menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab dan cemerlang... InsyaAllah...

Esok Hari Selasa

Monday, November 23, 2009

Esok Hari Selasa.... Selamat berhari Selasa.. Moga2 hari selasa merupakan hari terbaik anda... di mana pada hari ini di doakan agar tiada lagi kesedihan dan kepiluan dalam hati... Hidup ini akan lebih bermakna jika setiap hari kita gembira kerana hanya dengan bergembira sahajalah dapat kita melupakan segala masalah yang kita hadapi... Itu lebih baik daripada kita terus bermuram durja... Penuhilah hari anda......

Selamat Jalan Semua...

Saturday, November 21, 2009

Assalamualaikum W.t.b dan salam sejahtera.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya..... itulah gambaran sebenarnya... Mohon maaf sekiranya memaksa rakan2 sekalian berkongsi bebanan yang sy terpaksa sy tanggung sekarang ini... It’s hard to say.....

Bertemu dan perpisahan adat manusia biasa..... Hilang di mata tapi dihati tidak lupa........

Saya berharap sy akan terus bersama kalian semua untuk membangunkan dan mencemerlangkan sekolah kita.... namun apakan daya.... masa sy hanya setakat ini sahaja.... Telah tertulis dalam diari hidup ini bahawa tahun ini merupakan tahun yang terakhir sy berada di tanah Borneo ini bersama kalian semua.... Tahun hadapan tiada lagi...... Pun begitu sy amat mengharapkan agar kalian semua teruskan berjuang dengan bersungguh untuk mencemerlangkan anak2 anak didik kita sehingga ke menara gading kelak....

Kepada barisan pentadbir especially kepada Pn. Pengetua tidak salah juga kiranya sy juga memanggilnya bonda..... Maafkan sy sekiranya jika selama perkenalan kita sy telah melukakan hati puan... sebenarnya bukan niat saya... kerana sebagai manusia biasa sy memang tidak bisa lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.... Berada di dalam Iklim Sm Sains Miri telah banyak megajar sy supaya menjadi lebih matang... bekerja dlam suasana yang tidak kira masa.... walaupun ada rasa kecewa namun jauh di lubuk hati sy..... sy rasa ini adalah cara terbaik untuk meningkatkan prestasi diri saya....

Kepada rakan2.... tiada yang lebih suci di di dunia ini melainkan hubungan persahabatan yang telah kita bina... Melaluinya.... kita telah bersama2 berusaha melalui saat-saat susah dan senang.. Ibarat cubit paha kiri...paha kanan terasa.... dan begitulah sebaliknya..... Pun begitu kita masih boleh bergelak ketawa dan berkongsi idea kerana kemajuan yang ada pada hari ini tidak menizinkan kita untuk terus terputus hubungan... Facebook., Tagged, Friendster... mana2 pun boleh... Sy menanti nun di sana.....

Seruan sy kepada semua dan juga diri saya sendiri jangan la kita mudah merasa jemu dan bosan mendidik anak2 kita kerana sebelum kita jadi kita sekarang ini... dulupun kita pernah menjadi mereka...... kalau tiada mereka maka tiadalah kita........

Dismping itu, sy juga berharap agar rakan2 sekalian dapat memberikan sepenuhnya sokongan kepada Pn. Pengetua... moga2 dengan sekongan itu sesungguhnya SM Sains Miri akan terus berjaya cemerlang, gemilang dan terbilang... Dan saya juga percaya dengan ketokohan Pn. Pengetua... SM Sains Miri tidak akan lekang daripada melahirkan model insan yang cemerlang yakni pelajarnya pelajar yang yang sahsiahnya kuat, ibadahnya hebat, muamalahnya tepat, ukhwahnya sejagat. Kalau di campak ke laut menjadi pulau, dibuang ke darat menjadi gunung, dan dilambung ke langit menjadi bintang. Insya Allah...... Amin.

Akhir kata... Salam perpisahan buat semua... Demi sesungguhkan kenangan bersama mu tetap terpahat di dalam kotak fikiranku ini... kalau tidak ribut... tidak tsunami nescaya ia tidak akan terlepas dari ingatanku.....

Kalau ada sumur di ladang,
Dapat saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Dapat kita bersua kembali.

Tanam selasih di semerah padi,
Tumbuh serumpun tetian lurah
Terima kasih sekalung budi
Kenangan bersamamu terhimpun di anjung sejarah.

Sekian, terima kasih.....

Sibukkah aku?

Tuesday, October 20, 2009

Semua manusia akan sibuk... Apa yang membezakan orang sibuk dengan tidak sibuk ialah bagaimana mereka menguruskan masa mereka dengan keperluan@kepentingan semasa. Kita sentiasa sibuk.. tanya saja mesti jawapan kita 'SAYA AGAK SIBUK' Apa yang kita sibikkan sebenarnya? Facebook, Mafia Wars, Games, Tagged, dll, x pernah pun kita kata sibuk bahkan kita ada masa pula untuk perkara2 begitu. tidakkah kita yang sibuk dalam kabut?. Kekadang untuk mengenal orang yang sibuk ini kita kena jadi penyibuk.So... Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s..

Renung2kanlah apa status kita? adakah kita sibuk atau sengaja buat2 sibuk... jangan hanya sibuk hal orang lain hinggakan kita sendiri dalam kelam kabut... dikatakan kita sibuk tetapi kita sebenarnya kelam kabut... kelam kabut dalam usaha untuk mencari apa yang orang lain tengah sibukkan... kelakar kan?

Apa Sudah Jadi...

Wednesday, October 7, 2009

APA NAK JADI...

Untuk renungan kita bersama sebagai seorang guru kepada Future Leaders, supaya jangan kita seperti Ketam yang mengajar anaknya untuk berjalan lurus tetapi diri sendiri berjalan miring, tidak juga seperti Tikus yang suka membaiki kerja orang lain tetapi kerja sendiri diabaikan, bukan juga seperti Bangau yang asyik menyalahkan orang lain di atas kesilapan yang berlaku tetapi tidak diri sendiri (Bangau oh Bangau) & tidak pula menjadi si Lunchai kerana kebodohan dan tindakan sendiri akhirnya diri ditertawakan orang.

Renunglah... Adakah kita begini..

Kita tuduh pelajar suka bergosip tentang guru, tapi kita sendiri hanya mencari kesalahan pelajar setiap hari.

Kita sahaja yang merasa kitalah yang paling sibuk dalam menyediakan mereka untuk SPM, padahal mereka telah sedaya upaya menjaga perasaan dan hati kita. Supaya jangan kita marah dan menilai dalam buku sahsiah mereka secara negatif; atau melapor semasa perjumpaan ibubapa.

Kita selalu kata mereka tiada kerja, tidak belajar, asyik bermain, kita terlupa mereka pelajar, mereka remaja. Kalau mereka berhenti nakal, apa terjadi kepada dunia.

Umur kita jauh berbeza. Mereka sangat muda atau kitakah yang sangat tua?

Mereka disuruh menjaga hati kita tetapi kita tidak terperasan untuk menjaga hati mereka. Adilkah kita kalau begini??
Dalam Kehidupan seharian kita memang tidak pernah alpa dan lupa untuk melakukan kesalahan.. Sebagai seorang insan yang diciptakan tuhan, kita pasti ada kelemahannya. Tidak satu pun insan/manusia yang ada di dunia ini yang sempurna.
Justeru, insaflah dan ingatlah.... Jangan asyik menuding jari kepada orang lain, kerana sesungguh kita telah membuka keaiban kita sendiri kepada orang lain. Tepuk dada jangan tanya selera tetapi tanyalah hati kita. Adakah aku benar2 komited dalam mendidik mereka menjadi manusia yang berguna. Ikhlaskah aku atau aku hanya semata-mata berpura2...

Renung-renunglah...

SURAT DARI SETAN UNTUK MU

Friday, October 2, 2009


Kelmarin aku melihatmu, saat engkau memulai aktiviti harianmu. Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu. Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan solat Isyak sebelum berangkat ketempat tidurmu. Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya. Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku. Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu . Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah. Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan. Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka. Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterima kasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada-NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani bersama. Kita tengok filem 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, mungkir janji, makan sekenyang-kenyangya, salah guna kuasa, bergosip (Mengumpat), menghakimi orang, Menggunakan harta untuk kepentingan sendiri, menikam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua , Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk. TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya. Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita. Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu. Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu. Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu. Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa. Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu. Kamu sudah makin lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda. Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong,berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin. Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya. Begitulah anak-anak . Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang. Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi. Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu. Hanya saja kau harus menjadi orang tolol yang lebih baik dimata ALLAH.
Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat inidengan siapapun

SEMOGA JADI IKTIBAR

Saturday, September 26, 2009

Posting BY MOAZMAR Dari emailyang Kawan berik .....

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa.

Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintip dia ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”

Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu,” jawabnya.

“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

i. Solat sunat.
ii. puasa sunat.
iii. berzikir.
iv. bersedekah.
v. mengusap rambut anak yatim.
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain.
vii. membantu orang susah.


********************

Renung-renungkan…

Peringatan buat (diriku) yang alpa…

Beraya di Batu Niah..


Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama.. itu agaknya gambaran yang dapat kuberikan semasa kami berkonvoi untuk pergi beraya di Kg. Padang Batu Niah. Niah.
Memang jauh perjalanannya tetapi memang seronok untuk diceritakan. Baru aku dapat rasakan nikmat beraya di kampung.. Memang meriah walaupun waktu itu dah Hari Raya Ke 7. Semacam baru hari raya pertama.

Kami Berkonvoi dalam lebih kurang 6 buah kereta... Aku, ustaz Nuar, Hassan, Ustaz Borhan, Ustaz Mejah (SmkA), Abg Din, dan Ustaz Rosli. Ramai... memang cukup ramai.. Kami bertolak jam 10.00 pg. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Sesampainya.. kami disambut oleh ustaz Sedi, aku pun belum kenal benar namanya..

Laksa n nasi Impit menjadi juadah.. Berselera betul mereka-mereka ni. Sebenarnya, aku tidak kenal sangat ngn Ustaz Sedi ni tapi x kisahlah. Bukan itu yg nak diserlahkan tetapi ikatan silaturrahim yng terjalin itu yg sebenarnya nk diceritakan.. Suasana dikampung cukup segar untuk dinikmati, segar dan bugar dan jauh dari kehidupan kota metropolitan Miri. Udara nyaman yang menyegarkan minda, Tenang rasanya di sana tetapi sesekali terlintas di fikiran keadaan di kg Sebenarku nun jauh di Sana. Aaaa.. Apa-apa je lah... D

Dan... sekiranya tahun hadapan aku masih di sini ingin sekali lagi aku pergi ke sana.. Mungkin untuk meggamit kenangan lama.. hehe..

Adakah harus bergembira pada hari raya?

Monday, September 21, 2009

Harus, malah disunatkan, akan tetapi hendaklah tidak membabitkan perkara-perkara yang haram. Di dalam hadis Anas r.a. tadi diceritakan; tatkala Nabi s.a.w. tiba di Madinah (selepas hijrahnya), penduduk Madinah mempunyai dua hari kebesaran di mana mereka menyambutnya dengan mengadakan permainan-permainan. Lalu baginda bertanya mereka; “Hari apakah yang kamu sambut ini?”. Mereka menjawab; “Dua hari yang kami biasa menyambutnya (dengan mengadakan permainan) pada masa jahiliyah”. Maka Nabi s.a.w. bersabda kepada mereka; “Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari dua hari (yang kamu sambut) itu iaitu; hari raya korban dan hari raya fitrah”. (Riwayat Imam Abu Daud dan an-Nasai dengan sanad yang soheh).

Di kitab Subulus-Salam, Imam As-Son’ani menyimpulkan berdasarkan hadis di atas; hadis ini menjadi dalil bahawa menzahirkan kegembiraan-kegembiraan ketika hari raya adalah disunatkan dan ia antara syari’at Allah kepada hambaNya. Ini kerana yang digantikan hanyalah hari raya. Adapun adat sambutan yang dilakukan oleh mereka iaitu mengadakan permainan-permainan (untuk menzahirkan keseronokan dan kegembiraan) tidak disentuh oleh Rasulullah s.a.w.. Ini menunjukkan ia adalah harus pada hari raya. Namun hendaklah dipastikan tidak ada unsur yang dilarang oleh Syarak dan tidak memalingkan dari ketaatan. (Subulus-Salam, jil. 1, bab. Solatul-Idaian).

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya..
Hari Untuk Kita Bersukaria..
Selamat Kami Ucapkan
Untuk Kita Hingga Sampai Tahun Depan..

Aduhai... Setelah sebulan berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga akhirnya tibalah masa untuk kita meraikan Hari Raya. Kepada semua muslimin dan mislimat Selamat hari Raya diucapkan. Kepada yang lainnya... Selamat Bercuti.

Bila tiba Hari Raya...
Semua Insan Bergembira...
Tetapi Bagiku Hanya Kesedihan..
Yang menyelubungi Hidupku...

Duit...oh Duit..

Saturday, September 19, 2009




Dalam suatu suasana yang sepi... agak2 waktu di petang hari.. tetiba di persimpangan perjalanan maka ternampaklah 2 orang sahabat karib sedang bercakap2.

Duit seringgit telah bertemu dengan duit lima puluh ringgit dan bertanya:

"Oit kawan,lama tak nampak, mana ko pergi?"
Lima puluh menjawab " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,
Naik STAR Cruise, gi Penang naik AirAsia,Pegi US naik MAS, Kekadang lepak kat One Utama, Masuk tgk konsert AF, Tgk Malaysia Idol.. tempat2 cam tuh lah.
Kita pula ditanya nya.. Ko ni.....
Eh, ko camner lak?"

Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk,
"Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau... Masjid... ".
Rasanya aku mmg x da peluang la mcm ko boleh pegi merata-rata tempat. Apa nk buat... Dah nasib badan.

Justeru... fikir2kanlah

Manusia dan Ayam.

Monday, September 14, 2009

Bahasa Haiwan Dan Lelaki.
Alam ini tuhan jadikan dengan pelbagai jenis binatang dan pelbagai pula jenis bunyinya... Lihat saja ayam yg pandai berkokok kucing yang pandai mengiaow burung yang pandai berdecit. Sudah tentu ada sesuatu maksud disebalik setiap bunyi tersebut.. Alangkah bahagianya kita kalau kita dapat memahami bahasa haiwan tersebut. Sudah pasti ada sesuatu yang ingin diperkata oleh mereka.
Pagi tadi aku kesekolah menyaksikan program sembelihan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar Sek. Men Sains Miri. Kelakar pun ada, sedih pun ada, marah pun ada bila tengok bebudak mempersendakan ayam itu. Dicekik... dimain-mainkan seolah-olah yang budak-budak tu nak sembelih nanti adalah Ayam Batu... Ayam tu pulak memang kelakar la reaksinya. Tidak berperasaan langsung.. Akhirnya selamat la juga ayam tersebut disembelih... Alhamdulillah.. Bukak puasa petang ni makan ayam sembelihan tangan budak-budak la..
Bila terfikirkan tentang Amali Sembelihan tadi tetiba teringat pula aku dengan suatu cerita yang oernah aku baca dalam buku. Cerita ni pun berkisar tentang binatang juga. Apapun kalian bacalah mana tau mungkin ada sesuatu yang boleh kita fikirkan bersama. Ikutilah kisah ini.. Sebagai renungan kepada kita semua.. Ceritanya tentang binatang juga....
Adalah seseorang pernah bercerita tentang seorang lelaki yang memiliki beberapa ekor binatang peliharaan. Dalam masa yang sama dia ada mendengar bahawa Musa faham akan bahasa haiwan. Lalu dia merayu Musa agar diajarkan bahasa tersebut kepada dirinya. Sekian lama belajar akhirnya lelaki tersebut telah menggunakan ilmu tersebut untuk memahami akan binatang ternakannya. Lalu, pada suatu hari dia mendengar Ayam Jantan berkata kepada kuda bahawa kuda akan mati. Maka, bagi mengelakkan kerugian lelaki tersebut telah menjual kudanya.
Kemudian, dengan menggunakan ilmunya, lelaki tadi sekali lagi mendengar Ayam Jantan berkata kepada Anjing yang Keldai akan mati. Perkara itu telah menimbulkan kerisauan kepada lelaki tersebut. Untuk mengelakkan daripada kerugian maka Keldai tadi telah dijual.
Pada ketika lain pula, Ayam Jantan berkata lagi kepada Binatang lain bahawa orang gaji lelaki tersebut akan mati. Perkara ini didengari lagi oleh lelaki tersebut. Lantas menyebabkan lelaki tersebut menjadi risau. Jadi, bagi mengelakkan kerugian maka lelaki tersebut telah menjual orang gajinya tadi. Setelah dijualkan Orang Gajinya tadi, Kemudian lelaki tersebut gembira dengan tindakannya dan mengganggap inilah ilmu yang ada padanya untuk membantu menguruskan kehidupan sehariannya.
Pada suatu pagi yang sangat hening, lelaki itu secara tidak sengaja telah mendengar Ayam Jantannya berkata lagi kepada Anjing yang Tuan mereka yakni lelaki itu akan mati. Perkara ini amat-amat merisaukan lelaki tersebut. Lantas dalam ketakutan lelaki tersebut telah pergi menemui Musa dan meminta nasihat. Nak tahu tak apa yang musa kata?
Cerita belum habis lagi... Nk tahu apa kesudahan cerita? Tunggu daaaaaa...

Sempena Ramadhan Tutup Mata .Tutup Telinga dan Tutup Mulut

Thursday, September 3, 2009

Dosa Mengumpat

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak disedarai. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya..
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia yang waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan sahaja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah S.W.T biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh prang yang diumpat itu. Selagi orang yang diumpatkannya tidak mengampunkannys, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasan diakhirat kelak.
Sabda Rasulullah S.A.W. Bermaksud : Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang yang melakukan zina, apabila dia bertaubat maka Allah akan menerima taubatnya.
“ Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpatnya itu” (Hadis Riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibn Hibbad).

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatannya itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah S.A.W. ”Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi tidak beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslimin, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia kan mendedahkanya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” (Hadis riwayst Abu Daud).
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat kelak. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan yang menghapuskan pahala.
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud :
”Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering”.

Hikmah "batu kecil"



Seorang pekerja pada projek bangunan memanjat ke atas tembok yang sangat tinggi. Pada suatu saat ia harus menyampaikan pesan penting kepadakawan kerjanya yang ada di bawahnya.

Pekerja itu berteriak-teriak,tetapi temannya tidak mendengarnya kerana suara bising dari mesin-mesin dan orang-orang yang bekerja, sehingga usahanya sia-sia saja.

Oleh kerana itu untuk menarik perhatian orang yang ada di bawahnya, ia mencuba melemparkan duit syiling di depan kawannya. kawannya berhenti bekerja, mengambil duit syiling itu lalu bekerja kembali.

Pekerja itu mencuba lagi, tetapi usahanya yang kedua pun memperoleh hasil yang sama.

Tiba-tiba ia mendapat idea. Ia mengambil batu kecil lalu melemparkannya ke arah orang itu. Batu itu tepat mengenai kepala temannya, dan karena merasa sakit, kawannya mendongak ke atas.


Sekarang barulah pekerja itu dapat menjatuhkan catatan yang berisi pesanannya.

Cerita di atas hanya contoh perumpamaan untuk kita yang selalu lupa...

Allah SWT kadang-kadang menggunakan cubaan-cubaan ringan untuk membuat kita menengadah kepadaNya. Seringkali Allah SWT melimpahi kita dengan rahmat, tetapi itu tidak cukup untuk membuat kita menengadah kepadaNya.

Mungkin, agar kita selalu mengingat kepadaNya, Allah SWT sering menjatuhkan "batu kecil" kepada kita.

Wallahuallam

Alkisah nafsu yang degil



Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

"REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN" WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"

WALLAHUALAM

Memahami erti puasa

Wednesday, September 2, 2009



Alhamdulillah .... ari ini entah hari yang ke berapa dah berpuasa .itu tak penting ..yang penting setelah beberapa hari yang dilalui itu berapa sudah kredit ..yang paling merisaukan aku ialah sekiranya semua puasa yang kita telah bersusah payah itu gagal .bahkan dimurkai oleh Allah SWT..ADUIIIIIIIIIIIIII
Klik Je ..klau nak baca lebih ...jange malu yeeee

Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Ke 52 SMSM



Nak Tengok Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Ke 52 Peringkat SMSM
Jom Klik Je Jange Segeee

doa Hari Ketujuh

Friday, August 28, 2009


Hari Ketujuh
“Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat.”

Doa Hari Keenam


Hari Keenam
“Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan
maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan
balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh
mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan
Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan.”

Doa Hari Kelima

Hari Kelima
“Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya’ (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih.”

Hari Keempat

Hari Keempat
“Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk
melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan
berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran
dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan
perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.”

Doa Hari Ketiga

Hari Ketiga
“Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan.”

Doa Hari Kedua

Hari Kedua
"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"

Doa Hari Pertama

Friday, August 21, 2009

Hari Pertama
"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."

Memahami Erti Puasa

Wednesday, August 19, 2009

Alhamdulillah .... semalam waktu tengah duk type post entry sinopsis La Tahzan semalam berkesempatan meminta bantuan adinda Jaja untuk menolong menaip artikel yang terdapat di dalam Majalah I bulan Oktober 2004. Selepas adindaku menaip biasalah kenalah buat semakan ejaan dia pulak. Mungkin dia seronok menaip.... at least dengan membantu diri ini menaip secara tak langsung dia membaca jugalah artikel tersebut. TQ Jaja.Artikel ini ditulis oleh Rasidah Mustafa. Banyak juga artikel-artikel yang menarik di dalam Majalah I keluaran Oktober ni. Harganya pon agak murah, RM4.90 sahaja. Dapatkan segera di pasaran yer..... :) Jadi promoter tak bertauliah Majalah I plak den ari nie.







Masyarakat Islam menyambut Ramadhan dengan tangkapan yang berbeza berdasarkan keyakinan, tangkapan dan tahap ilmu masing-masing. Ada yang melihat di sudut kewangan,bagaimana Ramadhan boleh menambah atau mengurangkan pendapatan? Ada pula yang melihat di sudut kesihatan, bagaimana puasa mempengaruhi kesihatan tubuh badan? Manakala ada pula yang memandang di sudut pahala dan dosa., berkat dan fadhilat, rahmah dan maghfirah. Pandangan-pandangan secara langsung akan membentuk sikap dan perlakuan kita bukan sahaja pada bulan yang mulia itu tetapi jugak bulan-bulan lain.

“What you see is what you get”. Maksudnya, apa yang kita lihat menentukan apa yang akan kita dapat. Jadi kesan dan manfaat puasa bergantung kepada cara kita melihatnya. Jika pandangan kita mengenai puasa tepat, maka kita akan mendapat hasil yang tepat juga. Sebaliknya, jika pandangan kita tersalah atau serong maka tersasar jugalah hasil dan kesan puasa itu. Inilah yang berlaku dalam masyarakat Melayu Islam dewasa ini, kesan puasa tidak padu dan menyeluruh. Antara penyebabnya ialah pandangan kita terhadap puasa yang tepat.

Kebanyakkan umat Islam mengamalkan puasa pada aspek ‘ritual’nya sahaja. Aspek-aspek yang lebih mendasar dan mendalam yakni elemen ‘substance’ dalam puasa itu sering kali terabai.

Semasa bulan puasa kita melihat masjid penuh dengan orang berterawih, al-Quran ditadaruskan, majlis bebuka puasa yang meriah dan lain-lain amalan tradisi. Namun bagaimana kesan amalan-amalan ritual itu dalam menjana akhlak dan keperibadian yang tinggi. Tegasnya, apakah pakej amalan-amalan rohani sepanjang Ramadhan mampu menyekat kemungkaran dan kejahtan hingga terbina sebuah keluarga yang bahagia masyarakat yang penyanyang?

Membetulkan Niat.
Puasa kerap dilihat secaa terbatas, yakni hanya sebagai satu tuntutan ibadah khusus yang memerlukan kita menahan lapar,bersahur,solat terawih dan sebagainya. Begitulah selalunya anggapan sesetengah kita. Sedangkan skop puasa hakikatnya lebih daripada itu, puasa pada pengertian bahasa ialah ‘menahan diri’. Jadi apa sebenarnya yang tersirat dalam kunci-kata ‘menahan diri’ itu? Apa yang perlu ditahan? Kenapa kita perlu menahannya? Dan bagaimana?

Tujuan puasa yang utama ialah menahan dan melawan nafsu. Ia adalah sumber kejahatan yang utama dalam diri. Nafsu yang ada di dalam diri kita adalah punca seluruh kejahatan dalam kehidupan. Jadi, puasa adalah satu proses (mekanisme) khusus untuk membantu manusia bagi melawan dan menjinakkan nasfu yang secara semula jadinya sangat buas. Allah SWT menyebut dalam firman-Nya:
“Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan” (Yusuf:53)

Dengan berpuasa, orang Islam hakikat sedang melawan hawa nafsu untuk mencapai rasa taqwa di dalam diri. Jika solat adalah latihan menghubung hati secara langsung dengan Tuhan, zakat membersihkan rasa tamak pada harta di dalam jiwa, maka puasa adalah ibadah khusus untuk melawan hawa nafsu. Dalam ibadah puasa adalah pakej latihan-latihan tertentu untuk menangkis segala kejahatan nafsu demi membentuk rasa taqwa yang sejati.

Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa”(Surah al-Baqarah, ayat 183).

Soalnya bagaimana melaksanakan puasa hingga tercapai maksud melawan hawa nafsu itu?
Ayat al-Quran surah al-Baqarah ayat 183 di atas mejelaskan bahawa puasa mesti dilaksanakan atas dasar iman. Sebab itu kewajipan berpuasa dimulakan dengan seruan ‘wahai orang yang beriman’. Tegasnya, seorang berpuasa mestilah didasari oleh keyakinannya kepada Allah. Oleh itu puasa mesti diniatkan ‘kerana Allah’. Di sinilah sering berlaku kesilapan di kalangan umat Islam. Tanpa disedari ramai yang berpuasa bukan atas dasar iman.

Kadang-kadang apa yang ‘diniatkan’ lebih terfokus kepada hikmah bukan perintah. Misalnya, antara hikmah berpuasa ialah dapat melahirkan rasa simpati, empati dan ihsan kepada orang-orang miskin. Ini kerana rasa lapar dalam bulan puasa mengingatkan kita pada nasib orang-orang miskin yang selalu berlapar. Benar, ini adalah antara hikmah berpuasa tetapi itu bukan niat utama kita berpuasa. Jika itu adalah niat yang utama, kenapa orang miskin yang sering berlapar itu pun masih diwajibkan berpuasa?

Besar bezanya, ‘berlapar’ kerana Allah berbanding ‘berlapar’ kerana tiada makanan. Sebab itu, si miskin yang selalu berlapar kerana tiada makanan itupun diwajibkan berlapar kerana Allah pada bulan Ramadhan. Sesetengahnya pula terlalu asyik memburu fadhilat hingga fadhilat itu yang menjadi niatnya. Sayugia diingatkan bahawa fadhilat bukanlah dasar sesuatu ibadah, tetapi ia hanya bersifat galakan atau ‘insentif’ yang berfungsi sebagai galakan atau dorongan.

Untuk memberi kesan pada pembentukan peribadi, puasa mestilah dibuat berdasarkan rasa kehambaan kepada Allah. Sebagai hamba Allah, maka sudah sewajarnya kita mematuhi perintah Tuhan sama ada dengan atau tanpa ganjaran. Puasa yang dilaksanakan atas dasar inilah akan memberi kesan kepada pembentukan peribadi. Inilah maksud kenapa seruan berpuasa ditujukan kepada ‘orang-orang beriman’ dalam ayat al-Quran tersebut. Pendek kata, mukadimah puasa mesti tepat supaya natijahnya juga tepat.

Pelaksanaan Yang Tepat
Sungguhpun begitu, niat yang betul sahaja belum menjamin kesan puasa yang baik. Ia perlu disusuli oleh pelaksaan yang baik juga. Sebab itu puasa hendaklah dilaksanakan dengan cara yang betul dan tepat mengikut segala ‘manual’ fikahnya. Dan ia juga mesti dilaksanakan dengan ‘roh’ tasawufnya. Selain menepati hukum wajib dan sunatnya secara fikah, puasa juga hendaklah diiringi dengan melaksanakan amalan-amalan yang baik dan meninggalkan amalan-amalan jahat dari segi lahir mahupun batin.

Pada dasarnya nafsu adalah musuh batin, maka sepatutnya ia juga mesti ‘dilawan’ secara batin juga. Namun soal batin sangat berkait dengan soal lahiriah. Oleh itu pertalian kuat antara nafsu dengan makanan, pandangan, perkataan, penciuman dan sebagainya mesti diputuskan!

Paksi kejahatan dalam diri itu digambarkan begini…. Nafsu mendapat kekuatan dari makanan dan rangsangan syaitan. Dan ia menjadi kuat apabila seseorang makan secara berlebihan. Nafsu perut (makanan) pula sangat berkaitan dengan nafsu seks. Dari sini lahrlah sifat-sifat mazmumah seperti tamak, hasad, pemarah dan lain-lain. Maka apabila seseorang makan dengan banyak, nafsunya akan menjadi kuat dan sifat mazmumah akan meningkatkan untuk disalurkan pada jalan-jalan kemungkaran.

Ini menjelaskan kepada kita kenapa pada bulan puasa, sekalipun syaitan telah ‘dirantai’, masih ramai yang melakukan kemungkaran. Berdasarkan logik, nafsu sepatutnya sudah lemah dalam keadaan sebegitu. Sumber tenaganya (makanan) dan ‘motivator’nya (syaitan) sudah tidak ada.

Kenapa? Ini kerana proses ‘menyempitkan’ saluran darah (yang merupakan ‘highway’ syaitan) dengan mengurangkan makanan tidak tercapai, justeru sewaktu berbuka puasa saluran ini dibuka seluas-luasnya semula. Jadi apa lagi, nafsu makan, tetapi hakikatnya Cuma mengempangnya buat seketika dan apabila telah membuak-buak kita lepaskan semahu-mahunya. Jadi tidak hairan kalau nafsu bukan semakin lemah, tetapi semakin kuat pada bulan puasa!

Mengapa ini terjadi? Mudah sahaja. Ini disebabkan kita tidak melihat puasa sebagai satu mekanisme melawan hawa nafsu melalui menyempitkan laluanya dengan cara menahan lapar dan dahaga. Ketika ditanya, mengapa kita berpuasa? Ramai orang Islam menjawab, agar kita dapat merasakan kelaparan yang dialami oleh orang-orang miskin, maka dengan ini akan terbina jiwa prihatin dan simpati kepada nasib mereka. Jika benarlah itu tujuan utama, mengapa orang miskin yang mampu berpuasa juga diwajibkan berpuasa?

Bukankah hari-hari yang bukan bulan puasa pun mereka selalu mengalami rasa lapar dan dahaga (kerana kesempitan hidup)? Ikut logiknya, biarlah hanya orang kaya yang selalu kenyang itu sahaja yang berpuasa. Tetapi tidak demikian, yang kaya dan miskin sama-sama diwajibkan berpuasa. Ini bermakna ada tujuan lain yang lebih tinggi dan utama di sebalik rasa ‘lapar’ semasa berpuasa. Lapar kerana kesempitan hidup dengan lapar kerana berpuasa sangat jauh bezanya. Orang miskin mungkin selalu merasakan kelaparan kerana kesempitan duit, tetapi di bulan puasa mereka berlapar hanya semata-mata kerana Allah yang hakikatnya itulah latihan membentuk peribadi mereka menjadi orang miskin yang sabar. Dan buat si kaya yang selalu kenyang pula, mereka terpaksa berlapar kerana Allah di bulan puasa walaupun makanan ada di hadapan mata. Disebabkan ia satu latihan bagi membentuk peribadi ke arah menjadi si kaya yang bersyukur hatinya.

Oleh itu puasa yang benar-benar menjadi latihan ialah puasa orang soleh iaitu puasa yang dapat menahan anggota pancaindera seperti pendengaran, penglilatan, lidah, tangan, kaki dan anggota-anggota tubuh lain daripada melakukan dosa. Kemudian meningkat setahap lagi menjadi puasa orang muqarrabin yakni orang yang hatinya hampir dengan Allah yang mana hati dan akal fikiran dikawal daripada mengingati selain Allah. Inilah puasa cemerlang.

Dan latihan berlapar di siang hari itu diikuti oula oleh pakej latihan yag berbentuk ‘habluminallah’(hubungan dengan Allah) dan ‘habluminannas’ (hubungan dengan manusia). Pakej ini perlu dilaksanakan untuk mendapat kesan yang padu dalam berpuasa. Oleh itu, dalam bulan puasa, kita perlu menjalani latihan-latihan. Antara latihannya ialah solat terwih, membaca al-Quran, memperbanyakkan sedekah, iktikaf di masjid, mengerjakan umrah dan memperbanyakkan amalan kebajikan.

Apabila nafsu dan hati telah terdidik, ia ibarat penjana diri untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan pada sebelas bulan berikutnya. Hati setelah dicanai dengan memperbanyakkan solat sunat, minda pula dicanai melalui pembacaan al-Quran, bertasbih dan beriktikaf, maka hati dan fikiran dapat dikawal dengan sebaik-baiknya. Apakah kelebihan iktikaf? Ia adalah satu perkara yang memberi konsentrasi dan mengawal minda. Apabila minda cantik, sikap yang dilahirkan pun cantik. Sikap itu adalah terjemahan dari hati dan minda.

Kesimpulanya, Allah SWT pula telah menyediakan suasan yang kondusif bagi persiapan untuk latihan-latihan tersebut. Namun, kesan puasa tidak sama pada semua orang. Ia bergantung kepada cara kita melihat, tahap kita berusaha, kemampuan menahan keperitan, untuk mendapatkan taqwa. Moga-moga kita mendapat takwa pada bulan Ramadhan. wallahu 'alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan segala kelemahan itu datangnya dari diriku sendiri. dunia dan di akhirat.

Kelebihan Surah Pendek 7

(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

(18) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.

Kelebihan Surah Pendek 6

Sunday, August 16, 2009

(13) SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

(14) SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.

(15) SURAH AR-RA'D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.

Kelebihan Surah Pendek 5

(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

(12) SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

Kelebihan Surah Pendek 4

Saturday, August 15, 2009

(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

Kelebihan Surah Pendek 3

(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

Kelebihan Surah Pendek 2

Friday, August 14, 2009

(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain : Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah miskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

Kelebihan Surah Pendek.

Serba sedikit tentang Khasiat Surah Pendek..

(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah)
Barang siapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta

(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

Buat semula!

Tuesday, August 11, 2009

Dalam duk temenung2 tu ada la juga rs nk update blog... tetapi bila jak bkk laptop idea terus hile... mls tul la nak menaip... lagipun rsnya x banyak idea dan cerita nk habaq kat ore...
Apa tidaknya... nk tulis apa? Dalam sebuah sek. sampai ada 7,8 blogger... mesti la ada ceritra sama je yg ditaip.. bkk blog tu n bkk blog ni... seme cerita sama. Alih-alih amik jah jale mudoh... x payah buat blog la... x gitu?
Tgk la... dengan kudrat malas ni... x tau la setakat mana blog ni nak gi lagi.. dah byk kali dah buat... tapi..hangat2 tahi ayam... panas semeta jah... pahtu sejuk.. haha..

BBQ Flat Guru

Monday, July 13, 2009





Dalam sedih ada gembiranya... walaupun kami bertiga agak keberatan untuk meninggalkan SM sains Miri.. Namun, takdir adalah dan nasib adalah nasib... Tidak dapat diubah dan dilakarkan dengan nasib dan takdir yang baru...

Pun begitu, kami masih juga ada ruang masa dan waktu untuk bersama-sama bergembira dan bersukaria menandakan waktu kami hampir tiba... Tidak mengapa... panjang umor jumpa lagi.....

Kemeriahan BerBBQ malam tadi cukup seronok dan gembira.... apa tidaknya, seluruh penghuni Flat dan Berek SM Sains Miri turun BBQ bersama... Terpancar di Mata2 setiap yang hadir keseronokan yang tidak terhinnga sehinggakan kami sendiri sudah lupa yang kami akan pindah... Terasa semacam kami akan berada di sini sangat lama lagi...

Kepada rakan2 yang hadir pada majlis itu, mohon maaf sekiranya persediaan kami yang tidak memenuhi citarasa.. namun apa yang kami bolah katakan... Terima Kasih kerana hadir... tanpa kehadiran tuan-puan sekeluarga tidak mungkin majlis BBq itu akan menjadi meriah...

Apapun... kami bertiga bangga menjadi WARGA SM SAINS MIRI DAN MENJADI SAHABAT ANDA....

Hujan Di SMSM

Friday, February 13, 2009



Hujan yang turun bagaikan airmata.... membasahi bumi.... kau datang dan kau pergi jua....... Itulah petikan lirik lagu Sudirman.... Tersangatlah terasa menusuk di kalbu rasanya... Baru 5 tahun di sini namun kurasakan sudah bertahun2 lamanya.... Bukan mudah untuk melupakan SM Sains Miri kata orang Tempat jatuh lagikan Dikenang inikan pula tempat bangun,tido makan dan juga merupakan tempat lahir puteri dan puteraku iaitu Abby n Affan... Mereka membesar di bumi Sainsri...

Kalaulah mereka faham pastinya mereka merasakan inilah pengalamn yang paling ngeri bagi mereka... Apa tidaknya... membesar bersama2 abang2 dan kakak yang sangat sporting dan baik hati di sini...

Namun apakan daya semua terjadi x kembali.......... SEDIH AKU PEDIH.... mengenangkan Dirimu (SMSAINSMIRI).... Kugagahi dan ku kuatkan sisa semangat yang masih ada untuk kulangkahi jua meninggalkan bumi SM Sains Miri..

Maafkan aku SM Sains Miri kerana aku tidak dapat lagi bersamamu untuk mendidik anak2 bangsaku di sini... Namun aku yakin dan percaya dengan adanya semangat yang membara dalam kalangan guru di sini nnti mampu untuk membawa perubahan yang sangat besar untuk pendidikan bangsa amnya dan khususunya untuk SM Sains Miri sendiri kelak...... dan kehilangan ku ini pasti seyakinnya pasti tidak akan menjejaskan apa2 dan sepastinya kehilanganku ini terus diganti dengan calon yang selayaknya berdiri di sini...

Kepada Anak2 dan Adik2 didikku di Sm Sains Miri.... Jangan dikhuatiri pemergian ku... jangan ditangisi pemergianku.... Jangan di kenang kerana ketiadaanku... teruskan perjuangan mu... kerana perjalanan kita masih jauh... Teruskan berjuang dan janganlah engkau mudah tewas dalam perjuangan ini...Kerana sesungguhnya aku sentiasa menyokong dari sudut yang tidak pernah terjangka olehmu... Percayalah... dengan berkat kesungguhan mu... restu ibubapamu dan DOA para gurumu nnti akan membolehkan dirimu menggenggam segelung ijazah yang akan mengubah hidupmu kelak.... PERCAYALAH DENGAN KEMAMPUANMU.......

SEPERTI HUJAN... TURUNLAH ENGKAU DIKETIKA BUMI SEDANG KEHAUSAN... Pintalah olehmu daripada guru2 mu yang senantiasa ingin melihat kejayaanmu.. Jangan takut dan jangan segan... jangan malu kerana apa jua yang kau pinta pada hari ini pasti akan berguna dikemudian hari....

Terkini

UMPAPEH GARAGE INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG SUDI MENINGGALKAN KOMEN DALAM USAHA UNTUK PERTINGKATKAN LAGI BLOG INI... TERIMA KASIH DAN SALAM KENANGAN

Perdengarkanlah...

Blog Archive

cBox.com