SEMOGA JADI IKTIBAR

Saturday, September 26, 2009

Posting BY MOAZMAR Dari emailyang Kawan berik .....

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa.

Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintip dia ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”

Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu,” jawabnya.

“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

i. Solat sunat.
ii. puasa sunat.
iii. berzikir.
iv. bersedekah.
v. mengusap rambut anak yatim.
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain.
vii. membantu orang susah.


********************

Renung-renungkan…

Peringatan buat (diriku) yang alpa…

Beraya di Batu Niah..


Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama.. itu agaknya gambaran yang dapat kuberikan semasa kami berkonvoi untuk pergi beraya di Kg. Padang Batu Niah. Niah.
Memang jauh perjalanannya tetapi memang seronok untuk diceritakan. Baru aku dapat rasakan nikmat beraya di kampung.. Memang meriah walaupun waktu itu dah Hari Raya Ke 7. Semacam baru hari raya pertama.

Kami Berkonvoi dalam lebih kurang 6 buah kereta... Aku, ustaz Nuar, Hassan, Ustaz Borhan, Ustaz Mejah (SmkA), Abg Din, dan Ustaz Rosli. Ramai... memang cukup ramai.. Kami bertolak jam 10.00 pg. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Sesampainya.. kami disambut oleh ustaz Sedi, aku pun belum kenal benar namanya..

Laksa n nasi Impit menjadi juadah.. Berselera betul mereka-mereka ni. Sebenarnya, aku tidak kenal sangat ngn Ustaz Sedi ni tapi x kisahlah. Bukan itu yg nak diserlahkan tetapi ikatan silaturrahim yng terjalin itu yg sebenarnya nk diceritakan.. Suasana dikampung cukup segar untuk dinikmati, segar dan bugar dan jauh dari kehidupan kota metropolitan Miri. Udara nyaman yang menyegarkan minda, Tenang rasanya di sana tetapi sesekali terlintas di fikiran keadaan di kg Sebenarku nun jauh di Sana. Aaaa.. Apa-apa je lah... D

Dan... sekiranya tahun hadapan aku masih di sini ingin sekali lagi aku pergi ke sana.. Mungkin untuk meggamit kenangan lama.. hehe..

Adakah harus bergembira pada hari raya?

Monday, September 21, 2009

Harus, malah disunatkan, akan tetapi hendaklah tidak membabitkan perkara-perkara yang haram. Di dalam hadis Anas r.a. tadi diceritakan; tatkala Nabi s.a.w. tiba di Madinah (selepas hijrahnya), penduduk Madinah mempunyai dua hari kebesaran di mana mereka menyambutnya dengan mengadakan permainan-permainan. Lalu baginda bertanya mereka; “Hari apakah yang kamu sambut ini?”. Mereka menjawab; “Dua hari yang kami biasa menyambutnya (dengan mengadakan permainan) pada masa jahiliyah”. Maka Nabi s.a.w. bersabda kepada mereka; “Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari dua hari (yang kamu sambut) itu iaitu; hari raya korban dan hari raya fitrah”. (Riwayat Imam Abu Daud dan an-Nasai dengan sanad yang soheh).

Di kitab Subulus-Salam, Imam As-Son’ani menyimpulkan berdasarkan hadis di atas; hadis ini menjadi dalil bahawa menzahirkan kegembiraan-kegembiraan ketika hari raya adalah disunatkan dan ia antara syari’at Allah kepada hambaNya. Ini kerana yang digantikan hanyalah hari raya. Adapun adat sambutan yang dilakukan oleh mereka iaitu mengadakan permainan-permainan (untuk menzahirkan keseronokan dan kegembiraan) tidak disentuh oleh Rasulullah s.a.w.. Ini menunjukkan ia adalah harus pada hari raya. Namun hendaklah dipastikan tidak ada unsur yang dilarang oleh Syarak dan tidak memalingkan dari ketaatan. (Subulus-Salam, jil. 1, bab. Solatul-Idaian).

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya..
Hari Untuk Kita Bersukaria..
Selamat Kami Ucapkan
Untuk Kita Hingga Sampai Tahun Depan..

Aduhai... Setelah sebulan berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga akhirnya tibalah masa untuk kita meraikan Hari Raya. Kepada semua muslimin dan mislimat Selamat hari Raya diucapkan. Kepada yang lainnya... Selamat Bercuti.

Bila tiba Hari Raya...
Semua Insan Bergembira...
Tetapi Bagiku Hanya Kesedihan..
Yang menyelubungi Hidupku...

Terkini

UMPAPEH GARAGE INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG SUDI MENINGGALKAN KOMEN DALAM USAHA UNTUK PERTINGKATKAN LAGI BLOG INI... TERIMA KASIH DAN SALAM KENANGAN