Loyar Buruk Kah kita???

Tuesday, November 9, 2010

Loya Buruk 1
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang lain?"

"Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf,
akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.


Loya Buruk 2
Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor dan bertanya, "Doktor,
saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin, tapi ianya tidak
pernah mengganggu saya...kentut saya tak pernah berbau, dan senyap.
Jadi saya selalu kentut. Doktor meminta penjelasan lebih lanjut dari
perempuan tua itu...,dan perempuan tua itu berkata, "Sebenarnya, saya
sudah kentut sebanyak 20 kali ketika berada dihadapan doktor. Mungkin
doktor tak tau sebab kentut saya tidak berbau dan senyap." Sambil
menarik nafas.. dan tersekat2 ..Doktor itu menjawab, "Ok,sekarang
ambil pil ini dan datang jumpa saya minggu depan."

Seminggu selepas itu, perempuan tua itu kembali."Tuan doktor,"
panggilnya sambil marah-marah, "Saya tak tau pil apa yang yang doktor
beri pada saya, tapi sekarang kentut saya... walaupun masih senyap...
tapi baunya sangat busuk." Doktor itu membalas, "Bagus!!! kita sudah
mengubati hidung makcik yang tersumbat , sekarang, mari saya periksa
telinga makcik."

Moral of the story : berjaga jagalah ketika lepaskan angin tu..
walaupun kita tak bau.. tak dengar.. tak bermakna orang lain pun tak
dengar gak ! hehehehe..


Loya Buruk 3
Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua
di depan kampus UITM.

Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik?
Pengemis : Ya..... lebih kurang sudah 8 tahun , nak .
Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat
berapa pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak ..
Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...
Mahasiswa : Ehhhh.....keluarga ada di mana?
Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di
Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti
Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia
di Penang...
Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan
juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah?
Pengemis : tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik..



Berpuasalah segalanya....

Tuesday, August 17, 2010

Dosa Mengumpat

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak disedarai. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya..
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia yang waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan sahaja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah S.W.T biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh prang yang diumpat itu. Selagi orang yang diumpatkannya tidak mengampunkannys, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasan diakhirat kelak.
Sabda Rasulullah S.A.W. Bermaksud : Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang yang melakukan zina, apabila dia bertaubat maka Allah akan menerima taubatnya.
“ Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpatnya itu” (Hadis Riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibn Hibbad).

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatannya itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah S.A.W. ”Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi tidak beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslimin, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia kan mendedahkanya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” (Hadis riwayst Abu Daud).
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat kelak. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan yang menghapuskan pahala.
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud :
”Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering”.

Labels: renungan
Posted by Umpapeh at Thursday, September 03, 2009 0 comments

Alkisah nafsu yang degil



Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

"REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN" WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"

WALLAHUALAM

BOLEHKAH SAYA BERJAYA?

Thursday, July 22, 2010

“ Usaha tangga kejayaan” kita umpama meniti sebatang pokok yang hampir patah, di kala realiti yang kita benar-benar impikan bertukar menjadi ilusi. Janganlah kita mudah berputus asa ataupun cepat mengalah, tak usahlah menyesali kegagalan yang kita lalui kerana kegagalan itu mengajar kita supaya memperbaiki kelemahan diri. Binalah satu semangat yang tinggi untuk terus berjuang, kita harus bangun dan memulakan kehidupan yang baru, katakanlah pada diri kita bahawa “ saya tidak akan kalah apabila saya berada di bawah, tetapi saya akan kalah apabila tidak bangun semula”. Sebenarnya kita jauh lebih hebat daripada apa yang kita sangkakan, namun kitalah yang menjadi penghalang kepada kejayaan kita sendiri.
Di kala kita jatuh, kita ingatlah jasa ibu-bapa kita, mereka sanggup berkorban apa sahaja untuk memastikan kita berjaya. Keringat yang membasahai tubuh mereka menandakan mereka benar-benar ingin melihat kita berjaya. Tidakkah kita berasa kasihan bila melihat mereka sanggup mengabaikan tugasan mereka yang lain. Janganlah kita menghadiahkan mereka sebuah kehampaan dan kekecewaan. Jangan biar mereka meratap dan menangis kerana kegagalan kita. Adakah kita sanggup melihat mereka terkilan? Untuk berjaya kita perlu bertindak, kita bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kejayaan kita, sama ada kita memperolehi kecemerlangan, kesederhanaan atau kegagalan itu adalah pilihan kita sendiri. Marilah kita sama-sama terus berlari, melangkah dan terus melangkah janganlah menunggu sehingga kesempitan, tapi marilah kita berusaha selagi ada kesempatan. Kita adalah insan yang sama, dikurniakan dengan akal dan fikiran yang serupa. Mengapa kita tidak boleh berjaya? Kemenangan atau kejayaan itu dicipta oleh insan yang sama dengan kita yang berusaha dengan luar biasa. Oleh itu marilah kita tanam sikap yang positif untuk berjaya. Janganlah kita hanyut dan tenggelam dibawa oleh arus kelalaian kita sendiri. Masa untuk kita berjaya amat terbatas, sandarkanlah usaha dan bertindaklah sekarang.
Sikap merupakan kunci utama kepada kejayaan seseorang. Jika bermatlamat untuk mencipta kejayaan, kita kena paksa diri dan menanam minat yang mendalam terhadap sesuatu kerja yang dilakukan. Semua perkara bukan senang, tetapi bukan juga mustahil untuk kita lakukan, usaha yang disertai dengan kesungguhan pasti akan membuahkan hasil, cuma kita kena tanya diri kita sendiri adakah kita sanggup berubah? Janganlah kita biarkan kegagalan itu mengatasi kita, bukankah kita lebih gagah? Bukankah kita seorang pahlawan? dan bukankah kita seorang yang perkasa? Janganlah kita mudah mengalah, marilah kita sama cuba dan terus mencuba tanpa mengenal erti penat lelah tanpa mengenal erti putus asa.
Tidakkah kita berasa kasihan terhadap diri kita sendiri? Kita sebenarnya inginkan kejayaan tetapi kita tidak memberikan peluang kepada diri kita untuk mencipta kejayaan. Bilakah lagi kita mahu buktikan kepada orang lain, kepada diri kita sendiri bawaha kita sebenarnya boleh berjaya, kita kena buat pilihan satu antara dua, sama ada sakit kerana mendisplinkan diri atau sakit kerana menyesal. Untuk berusaha kita hanya perlu ada perngorbanan, kesungguhan dan untuk berjaya kita perlu mengubah diri. Pepatah ada mengatakan “ rajin punca kejayaan dan malas punca kegagalan”.

Anda di bulan apa.....?

Friday, April 23, 2010

Januari

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik. * Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. * Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan. * Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur. * Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam. * Pandai mengambil hati orang lain. * Pendiam kecuali telah dirangsang. * Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi. * Mudah mendisiplinkan diri sendiri. * Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. * Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya. * Cukup sayang pada kanak-kanak. * Suka duduk di rumah. * Setia pada segala-galanya. * Perlu belajar kemahiran bersosial. * Sifat cemburu yang sangat tinggi


Februari

* Berfikiran abstrak. * Sukakan benda yang realiti dan abstrak. * Bijak dan pintar * Berpewatakan yang mudah berubah. * Mudah menawan orang lain. * Agak pendiam. * Pemalu dan rendah diri. * Jujur dan setia pada segalanya. * Keras hati untuk mencapai matlamat. * Tidak suka dikongkong. * Mudah memberontak apabila dikongkong. * Suka kegiatan yang lasak. * Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. * Mudah mempamerkan marahnya. * Tidak suka benda yang remeh-temeh. * Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. * Sangat berani dan suka memberontak. * Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. * Pemerhatian yang tajam. * Suka hiburan dan sukan. * Suka benda yang bersifat seni. * Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. * Berkecenderungan pada benda yang tahyul. * Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. * Belajar untuk mempamerkan emosi

Mac

* Berpesonaliti menarik dan menawan. * Mudah didampingi. * Sangat pemalu dan pemendam rasa. * Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. * Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. * Suka pada kedamaian. * Sangat peka pada orang lain. * Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. * Tidak cepat marah dan sangat amanah. * Tahu membalas dan mengenang budi. * Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. * Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. * Suka berangan-angan. * Suka melancong. * Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. * Kelam kabut dalam memilih pasangan. * Suka dengan hiasan rumahtangga. * Punya bakat seni dalalm bidang muzik. * Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik. * Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

April

* Sangat aktif dan dinamik. * Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal. * Sangat menarik dan pandai menjaga diri. * Punya daya mental yang sangat kuat. * Suka diberi perhatian. * Sangat diplomatik (pandai memujuk ). * Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. * Sangat berani dan tiada perasaan takut. * Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. * Emosi cepat terusik. * Cuba kawal perasaan. * Kecenderungan bersifat pendendam. * Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. * Kuat daya ingatan. * Gerak hati yang sangat kuat. * Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. * Berpenyakit disekitar kepala dan dada. * Sangat cemburu dan terlalu cemburu

Mei

* Keras hati & degil. * Kuat semangat & bermotivasi tinggi. * Pemikiran yang tajam. * Mudah marah apabila tidak dikawal. * Pandai menarik hati & perhatian orang lain . * Perasaan yang amat mendalam. * Cantik dari segi mental & fizikal. * Tidak perlu dimotivasikan. * Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. * Mudah dipujuk. * Bersikap sistematik (otak kiri). * Suka berangan. * Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. * Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. * Daya khayalan yang tinggi. * Permikiran yang tajam. * Pandai berdebat. * Fizikal yang baik. * Kelemahan sistem pernafasan. * Suka sastera, seni & muzik serta melancong. * Tidak berapa suka duduk di rumah. * Tidak boleh duduk diam. * Tidak punya ramai anak. * Rajin dan bersemangat tinggi. * Agak boros

Jun

* Berfikiran jauh & berwawasan. * Mudah ditawan kerana sikap baik. * Berperangai lemah lembut. * Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. * Idea yang terlalu banyak di kepala. * Bersikap sensitif. * Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). * Sukar melakukan sesuatu dengan segera. * Bersikap suka menangguh-nangguh. * Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. * Cepat marah & cepat sejuk. * Suka bercakap & berdebat. * Suka buat lawak & bergurau. * Otaknya cerdas berangan-angan. * Mudah berkawan & pandai berkawan. * orang yang sangat tertib. * Pandai mempamerkan sikap. * Mudah kecil hati. * Mudah kena selsema. * Suka berkemas. * Cepat rasa bosan. * Sikap terlalu memilih & cerewet. * Kurang mempamerkan perasaan. * Lambat untuk sembuh apabila terluka hati. * Suka pada barang yang berjenama. * Mudah menjadi eksekutif. * Kedegilan yang tidak terkawal. * Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

Julai

* Sangat suka didamping. * Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. * Agak pendiam kecuali dirangsang. * Ada harga dan maruah diri. * Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. * Mudah dipujuk dan bercakap lurus. * Sangat menjaga hati orang lain. * Sangat peramah. * Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. * Berjiwa sentimental. * Jarang berdendam. * Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. * Tidak suka benda remeh-temeh. * Membimbing cara fizikal dan mental. * Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. * Layanan yang serupa terhadap semua orang. * Tinggi daya simpati. * Pemerhatian yang tajam. * Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. * Mudah dan rajin belajar. * Suka muhasabah diri. * Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. * Suka mendiamkan diri. * Suka duduk di rumah. * Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. * Tidak agresif kecuali terpaksa. * Lemah dari segi kesihatan perut. * Mudah gemuk kalau tak kawal diet. * Minta disayangi. * Mudah terluka hati tapi lambat pulih. * Terlalu mengambil berat. * Rajin dalam membuat kerja * Sangat hensem dan besar kemungkinan berkahwin empat

Ogos

* Suka berlawak. * Mudah tertawan padanya. * Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain. * Berani dan tidak tahu takut. * Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. * Pandai memujuk orang lain. * Terlalu pemurah & bersikap ego. * Nilai harga diri yang sangat tinggi. * Dahagakan pujian. * Semangat juang yang luar biasa. * Cepat marah & mudah mengamuk. * Mudah marah apabila cakapnya dilawan. * Sangat cemburu. * Daya pemerhatian yang tajam & teliti. * Cepat berfikir. * Fikiran yang berdikari. * Suka memimpin & dipimpin. * Sifat suka berangan. * Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat. * Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. * Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. * Belajar untuk bertenang. * Sikap kelam kabut. * Romantik, pengasih dan penyayang. * Suka mencari kawan

September

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur. * Sangat cermat, teliti & teratur. * Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. * Pendiam tapi pandai bercakap. * Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati. * Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. * Kerja yang dilakukan sangat sempurna. * Sangat sensitif yang tidak diketahui. * orang yang banyak berfikir. * Daya pentaakulan yang baik. * Otak bijak & mudah belajar. * Suka mencari maklumat. * Kawal diri dari terlalu mengkritik. * Pandai mendorong diri sendiri. * Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia. * Suka sukan, hiburan & melancong. * Kurang menunjukkan perasaannya. * Terluka hatinya sangat lama disimpan. * Terlalu memilih pasangan. * Sukakan benda yang luas. * Bersistematik

Oktober

* Suka berbual. * Suka orang yang sayang padanya. * Suka ambil jln tengah. * Sangat menawan & sopan santun. * Kecantikan luar & dalam. * Tidak pandai berbohong & berpura-pura. * Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan. * Sentiasa berkawan. * Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama. * Cepat marah. * Macam pentingkan diri sendiri. * Tidak menolong orang kecuali diminta. * Suka melihat dari perspektifnya sendiri. * Tidak suka terima pandangan orang lain. * Emosi yang mudah terusik. * Suka berangan & pandai bercakap. * Emosi yang kelam kabut. * Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan). * Suka melancong, bidang sastera & seni. * Pengasih, penyayang & lemah lembut. * Romantik dalam percintaan. * Mudah terusik hati & cemburu. * Ambil berat tentang orang lain. * Suka kegiatan luar. * orang yang adil. * Boros & mudah dipengaruhi persekitaran. * Mudah patah semangat

November

* Banyak idea dalam perkara. * Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya. * Berfikiran kehadapan. * Berfikiran unik dan bijak. * Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa. * Pemikiran yang tajam. * Daya firasat yang sangat halus dan tinggi. * Sesuai jadi seorang doktor. * Cermat dan teliti. * Personaliti yang dinamik. * Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia. * Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra. * Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran. * Terlalu degil dan keras hati. * Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya. * Tak suka marah kecuali digugat. * Mudah ambil berat terhadap orang lain. * Pandai muhasabah diri. * Cara berfikir yang lain dari orang lain. * Otak yang sangat tajam. * Pandai mendorong diri sendiri. * Tidak hargai pujian. * Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu. * Cuba sampai berjaya. * Badan yang sasa. * Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik. * Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang. * Suka duduk d irumah. * Sangat rajin dan berkemampuan tinggi. * Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia. * Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. * Bercita-cita tinggi. * Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

Disember

* Sangat setia dan pemurah. * Bersifat patriotik. * Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. * Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. * Bercita-cita tinggi. * Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi. * Seronok bila didampingi. * Suka bercampur dengan orang. * Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai. * Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur. * Tidak pandai berpura-pura. * Cepat marah. * Perangai yang mudah berubah-ubah. * Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi. * Benci pada kongkongan. * Suka berlawak. * Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Kelebihan menamakan anak dengan nama Muhammad...

Monday, March 22, 2010

Assalammualaikum wrwb,
Beberapa hadis telah diriwayatkan untuk menyatakan beberapa kelebihan bagi Anak-anak yang dinamakan Muhammad atau Ahmad mudah-mudahan menggalakkan orang-orang menamakan anak mereka dengan salah satu nama-nama itu.

Daripada Anas bin Malik r. a. bahawa Rasulullah saw telah bersabda :
"Akan berdiri dua orang hamba Allah di hadapan Allah Ta'ala dipadang Mahsyar lalu Allah Ta'ala memerintahkan kedua-dua mereka masuk syurga maka berkatalah mereka berdua : "Hai Tuhan kami bagaimanakah kami berhak masuk syurga? Lalu berfirman Allah Ta'ala : "Hai hambaKu berdua, masuklah kedua-dua kamu ke dalam Syurga kerana Aku telah bersumpah kepada diriKu bahawa orang yang namanya Ahmad atau Muhammad itu tidak akan masuk Neraka."

Dan telah diriwayatkan daripada Ja'far bin Muhammad bahawa apabila berlaku Hari Kiamat maka akan berteriak satu teriakan. "Bangunlah hai sesiapa yang namanya Muhammad dan masuklah kedalam syurga sebagai penghormatan agung kepada Nabi Muhammad saw."

Dan pada suatu riwayat yang lain pula bahawa akan berteriaklah suatu yang berteriak pada Hari Kiamat: "Hai Muhammad," lalu Nabi saw pun mengangkat kepalanya pada tempat itu maka Allah Ta'ala pun berfirman

"Saksikanlah bahawa Aku mengampunkan tiap-tiap sesiapa yang namanya sama dengan nama Muhammad"

Dan daripada Ali bin Abu Talib k. w. bahawa ia telah berkata

"Tidak ada suatu hidangan makanan yang disimpan lalu datang hadir padanya seorang yang namanya Ahmad atau Muhammad melainkan Allah Ta'ala memuliakan rumah itu dua kali ganda."

Telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi Malikah daripada Ibnu Juraij daripada Nabi saw yang telah bersabda : "Barangsiapa ada isteri yang sedang mengandung dan bercita-cita hendak menamakan anak yang masih di dalam rahim itu Muhammad maka Allah Ta'ala akan mengurniakan kepadanya anak lelaki dan jika ada seorang yang bernama Muhammad di dalam sebuah rumah nescaya Allah Ta'ala mengurniakan berkat di dalam rumah itu"

Telah bersabda Nabi saw lagi : "Apabila kamu namakan seseorang itu Muhammad maka hendaklah kamu hormatkan dia dan lapangkan tempat baginya di dalam sesuatu majlis dan jangan masamkan atau hodohkan mukamu kepadanya."

Bahasa cinta

Wednesday, March 3, 2010

Mengapa Ku Bercinta
Dengan Kehidupan Yang Sebentar
Mengapa Hati Ini
Terpaut Pada Insan Diciptakan
Sedangkan Perjuangan
Merebut Cinta Tuhan
Lebih Suci Dan Utama
Terkorban Diabaikan

Mengapa Ku Bercandai
Dengan Badai Perasaan
Sehingga Bercemamai
Keimanan Ku Gadaikan
Sedangkan Nun Di Sana
Perjuangan Memerlukan
Pengorbanan Perwira
Dan Srikandi Yg Sedar

Begitu Lah Bahananya
Cinta Pada Dunia
Memunahkan Cinta Hakiki Ilahi
Memberi Kekecewaan Dihati Sanubari
Berapa Ramai Insan
Mendamba Harapan Pada Dunia
Keremajaannya Jadi
Pandu Angan-Angan Palsu
Terpesong Lah Jiwa Nya
Dan Terpudarlah Imannya Perjudian
Angkara Perasaan
Dan Inginkan Perhatian

Oh Tuhanku Ku Rafa'kan
Kehadratmu Pengharapan
Pimpinlah Hambamu Ini
Agar Tidak Terpedaya Lagi

Apakah Yang Paling Jauh Sekali..

Tuesday, March 2, 2010

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya Teka-Teki :

Imam Al-Ghazali : "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?"
Murid 1 : "Orang tua"
Murid 2 : "Guru"
Murid 3 : "Teman"
Murid 4 : "Kaum Kerabat"

Imam Ghazali : "Semua jawaban itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran:185).

Imam Ghazali : "Apa yang paling jauh dengan kita di dunia ini ?"

Murid 1 : "Negeri Cina"
Murid 2 : "Bulan"
Murid 3 : "Matahari"
Murid 4 : "Bintang-bintang"

Imam Ghazali : "Semua jawaban itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Imam Ghazali : "Apa yang paling besar di dunia ini ?"

Murid 1 : "Gunung"
Murid 2 : "Matahari"
Murid 3 : "Bumi"

Imam Ghazali : "Semua jawaban itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU.(Surah Al-A'raf : 179). Maka kita harus hati2 dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa kita ke neraka. (Na'udzu billaahi min zaalikh).

Imam Ghazali : "Apa yang paling berat di dunia ini ?"

Murid 1 : "Baja"
Murid 2 : "Besi"
Murid 3 : "Gajah"

Imam Ghazali : "Semua jawaban itu benar, tetapi yang pali berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah : Al-Ahzab : 72). Tumbuh2an, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah Swt meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini, tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah Swt sehingga banyak manusia masuk ke neraka karena gagal memegang amanah".

Imam Ghazali : "Apa yang paling ringan di dunia ini ?"

Murid 1 "Kapas"
Murid 2 "Angin"
Murid 3 "Debu"
Murid 4 "Daun-daun"

Imam Ghazali : "Semua jawaban itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara2 pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat".

Imam Ghazali : "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ?"

Murid2 dengan serentak menjawab : "Pedang"

Imam Ghazali : "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri"

Bersama-sama la kita renungkannya...

SAKTI BERHANTU?

Wednesday, February 10, 2010



Percaya atau tidak inilah sebenarnya hakikat kehidupan...
Sebenarnya "We Are Not Alone". Masih ada lagi penghuni dan makhluk2 tuhan yang lain di bumi ini.. Ada diantaranya diperlihatkan kepada kita dan ada yang tidak. Namun semuanya untuk tujuan yang satu iaitu untuk kita mengakui akan kebesaranNya.

Lihat la gambar di atas dalam botol ketiga.. Susuk tubuhnya memperlihatkan kepada kita betapa pocong itu wujud.. ini bukan photoshop atau dibuat semata. tetapi ini adalah gambar yang diambil malam tadi di sekitar SM Sains Kota Tinggi (SAKTI).

Aktiviti yang dinamakan memburu hantu ini telah dilakukan oleh orang yang berkebolehan dalam menguasai alam2 ghaib ini berlangsung selama 2 jam iaitu bermula jam 10 mlm dan berakhir jam 2 pg.

Kerjaya Guru Cemerlang

Friday, February 5, 2010

.

Kekadang kita terlalu sibuk dalam urusan P & P sehingga tiada ms untuk memikirkan tentang masa depan kerjaya kita. Sebagai makluman bacalah dan semoga kita semua akan menjadi guru cemerlang yang hebat.Di bawah merupakan sedikit makluman dan maklumat tentang laluan kerjaya sebagai guru yang boleh kita ikut....

PERMOHONAN DG41 KE DG44

•TELAH DI SAHKAN DALAM JAWATAN SEBAGAI GURU
•BERKHIDMAT SEKURANG-KURANGNYA 5 TAHUN DALAM PERKHIDMATAN
•MENGAJAR MATA PELAJARAN YANG DIPOHON SEKURANG-KURANGNYA 3 TAHUN BERTURUT-TURUT.
•PENILAIAN BERDASARKAN PERKHIDMATAN SEMASA DAN TIGA TAHUN TERDAHULU
•MENDAPAT PRESTASI YANG CEMERLANG DI DALAM LNPT (LAPORAN NILAI PRESTASI TAHUNAN)
SEKURANG-KURANGNYA 90% KE ATAS TIGA TAHUN BERTURUT.
•TELAH LULUS SEKURANG-KURANGNYA DAPAT B-B/3-3 DALAM PTK BAGI GRED SEMASA.
•SETELAH DIPANTAU DAN TERPILIH SEBAGAI GURU CEMERLANG AKAN DAPAT SURAT PEMANGKUAN
GURU CEMERLANG DG44 (KUP-KHAS UNTUK PENYANDANG).
•SEMASA MEMANGKU GURU CEMERLANG DG44 (KUP), ADALAH LAYAK MENDAPAT KEISTIMEWAAN
SEPERTI GURU-GURU LAIN DG44 DAN DITAMBAH DENGAN ELAUN MEMANGKU.
•DALAM MASA LEBIH KURANG 1 TAHUN AKAN DAPAT PULA SURAT PERLANTIKAN GURU CEMERLANG
DG44.
•GURU CEMERLANG DG44 LAYAK MEMOHON UNTUK GRED SETERUSNYA BERDASARKAN SYARAT-SYARAT
YANG DITETAPKAN DAN BERDASARKAN KEKOSONGAN.
•SESEORONG GURU CEMERLANG LAYAK MEMOHON JAWATAN GURU CEMERLANG SEHINGGA GRED KHAS C.
•GURU BIASA AKAN MATI GAJI HANYA SETAKAT GRED DG48.

Sama-sama la kita memohon untuk menjadi guru cemerlang kerana banyak faedah yang boleh kita perolehi di masa hadapan...

Bos Baruku.....

Monday, January 18, 2010

Dari meja ke meja bertanyakan sesuatu tentang bosku.. Namun setiap jawapan pasti sama... 'Tegas orangnya... jaga2 kau'... Sejak detik itu mula la rasa laen mcm jak ngn bos baru... ms tu belum letakkan apa2 perspektif lg pada bos... malas nak mengata yang bukan2.. Bak kata orang 'Dont judge a book by it cover'... Pendek kata.. jangan la menilai seseorang itu sebelum berbicara dan berjumpa dengannya....

Kiranya aku ni bernasib baiklah bukan daripada golongan yang itu... mulanya bos yang ku sangka tegas itu rupanya baik hati... sangat pemaaf orangnya... cuma yang perlu ku lakukan ialah jangan membelakangkan dia... Katanya... Kalau marah itu anggaplah marah seorang ayah kepada anaknya semata2 untuk kebaikan... tetapi kalau pujian itu anggaplah datangnya daripada seorang ketua yang memuji kecekapan pekerjanya...

Logik juga... bila ku pikirkan masak2 ternyata... segala kerja yang diberi... segala pujian yang diterima, segala teguran yang dilemparkan adalah semata untuk kebaikan.. Katanya... kalau orang yang boleh terima teguran ia akan mengganggap teguran itu sebagai suatu penambahbaikan... Namun kalau jenis yang x boleh terima teguran maka ia akan menumbulkan ketegangan antara kedua pihak... Jadi kesimpulannya..... Di manakah kita? sama2 renungkannya.....

Alahai tahun baru 2010

Tuesday, January 12, 2010

Alahai tahun baru 2010...

Masuk jer tahun baru mesti banyak kerja yang hendak dibuat... kekadang tak cukup tangan dibuat nyer.. kalau lah tuhan berikan banyak tangan... senang skit nak bt kerje... tp x mengapalah... x baik merungut.. biasa-biasakan lah... sibuk ni mmg sibuk seme orang sibuk... mmg x da masa... tambah2 bila menjelmanya tahun baru.. kerja banyak.. seme nak baru...Azam pun kena baru juga...

kalau ikutkan hati banyak dah posting yang dah terlepas.. Nak ulang kembali rsanya memerlukan masa yang banyk.. Justeru... mana2 agenda yang dah berlaku akan ku khabarkan kemudian.. sekarang ni yang penting ialah memastuikan yang blog ini tidak luput dari alam maya ini..

Harapan aku pd kengkawan yang punyai idea boleh lah dikongsi bersama untuk diposting ke dalam Blog ini bagi memastikan ianaya UPDATED!!!....

Akan Datang :

1. Sehari di Johor
2. hari pertama di SMS Kota Tinggi
3. Pengalaman pahit
4. Rumah baru
5. Pendaftaran tingkatan 1 (Meriahnya)

Terkini

UMPAPEH GARAGE INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG SUDI MENINGGALKAN KOMEN DALAM USAHA UNTUK PERTINGKATKAN LAGI BLOG INI... TERIMA KASIH DAN SALAM KENANGAN