Sempena Ramadhan Tutup Mata .Tutup Telinga dan Tutup Mulut

Thursday, September 3, 2009

Dosa Mengumpat

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak disedarai. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya..
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia yang waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan sahaja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah S.W.T biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh prang yang diumpat itu. Selagi orang yang diumpatkannya tidak mengampunkannys, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasan diakhirat kelak.
Sabda Rasulullah S.A.W. Bermaksud : Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang yang melakukan zina, apabila dia bertaubat maka Allah akan menerima taubatnya.
“ Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpatnya itu” (Hadis Riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibn Hibbad).

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatannya itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah S.A.W. ”Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi tidak beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslimin, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia kan mendedahkanya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” (Hadis riwayst Abu Daud).
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat kelak. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan yang menghapuskan pahala.
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud :
”Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering”.

Hikmah "batu kecil"



Seorang pekerja pada projek bangunan memanjat ke atas tembok yang sangat tinggi. Pada suatu saat ia harus menyampaikan pesan penting kepadakawan kerjanya yang ada di bawahnya.

Pekerja itu berteriak-teriak,tetapi temannya tidak mendengarnya kerana suara bising dari mesin-mesin dan orang-orang yang bekerja, sehingga usahanya sia-sia saja.

Oleh kerana itu untuk menarik perhatian orang yang ada di bawahnya, ia mencuba melemparkan duit syiling di depan kawannya. kawannya berhenti bekerja, mengambil duit syiling itu lalu bekerja kembali.

Pekerja itu mencuba lagi, tetapi usahanya yang kedua pun memperoleh hasil yang sama.

Tiba-tiba ia mendapat idea. Ia mengambil batu kecil lalu melemparkannya ke arah orang itu. Batu itu tepat mengenai kepala temannya, dan karena merasa sakit, kawannya mendongak ke atas.


Sekarang barulah pekerja itu dapat menjatuhkan catatan yang berisi pesanannya.

Cerita di atas hanya contoh perumpamaan untuk kita yang selalu lupa...

Allah SWT kadang-kadang menggunakan cubaan-cubaan ringan untuk membuat kita menengadah kepadaNya. Seringkali Allah SWT melimpahi kita dengan rahmat, tetapi itu tidak cukup untuk membuat kita menengadah kepadaNya.

Mungkin, agar kita selalu mengingat kepadaNya, Allah SWT sering menjatuhkan "batu kecil" kepada kita.

Wallahuallam

Alkisah nafsu yang degil



Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

"REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN" WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"

WALLAHUALAM

Memahami erti puasa

Wednesday, September 2, 2009



Alhamdulillah .... ari ini entah hari yang ke berapa dah berpuasa .itu tak penting ..yang penting setelah beberapa hari yang dilalui itu berapa sudah kredit ..yang paling merisaukan aku ialah sekiranya semua puasa yang kita telah bersusah payah itu gagal .bahkan dimurkai oleh Allah SWT..ADUIIIIIIIIIIIIII
Klik Je ..klau nak baca lebih ...jange malu yeeee

Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Ke 52 SMSM



Nak Tengok Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Ke 52 Peringkat SMSM
Jom Klik Je Jange Segeee

Terkini

UMPAPEH GARAGE INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG SUDI MENINGGALKAN KOMEN DALAM USAHA UNTUK PERTINGKATKAN LAGI BLOG INI... TERIMA KASIH DAN SALAM KENANGAN