Sempena Ramadhan Tutup Mata .Tutup Telinga dan Tutup Mulut

Thursday, September 3, 2009

Dosa Mengumpat

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak disedarai. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya..
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia yang waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan sahaja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah S.W.T biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh prang yang diumpat itu. Selagi orang yang diumpatkannya tidak mengampunkannys, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasan diakhirat kelak.
Sabda Rasulullah S.A.W. Bermaksud : Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang yang melakukan zina, apabila dia bertaubat maka Allah akan menerima taubatnya.
“ Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpatnya itu” (Hadis Riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibn Hibbad).

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatannya itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah S.A.W. ”Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi tidak beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslimin, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia kan mendedahkanya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” (Hadis riwayst Abu Daud).
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat kelak. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan yang menghapuskan pahala.
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud :
”Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering”.

0 comments:

Terkini

UMPAPEH GARAGE INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG SUDI MENINGGALKAN KOMEN DALAM USAHA UNTUK PERTINGKATKAN LAGI BLOG INI... TERIMA KASIH DAN SALAM KENANGAN